Tuesday, 10 September 2013

Kepentingan minum air masak





Semua orang minum air hari-hari. Tapi berapa ramai yang minum air masak atau air kosong?
Ada juga yang sangat susah hendak minum air masak kerana tiada perisa katanya.Jadi lebih cenderung untuk minum air manis.Jom kita baca kenapa air sangat penting untuk tubuh badan kita.

  • Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk kekal sihat,cergas dan cantik.
  • 60% badan manusia adalah air.jadi manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3liter air sehari
    kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
  • Air masak ni tiada kalori lansung.kan ke boleh jadi sihat.lepas ni bolehla kurangkan pengambilan air manis dan tukarkan kepada air masak.
  • Pernah tak rasa korang rasa mengantuk lepas makan? kalau ya maksudnya badan tak cukup air.Sediakan air masak yang mencukupi ketika bekerja atau belajar.
  • Air sangat membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.Di samping bersenam dan mengawal pengambilan makanan,praktiskan untuk minum setiap kali sebelum makan. Ini kerana air boleh membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ia secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

  • Air kencing mengandungi pigmen urokrom yang memberinya warna kuning. Warna ini berubah-ubah setiap hari daripada kuning gelap hinggalah kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing kita. Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. 
  • Bagi yang menghidapi penyakit batu karang atau gout, mereka perlu minum lebih banyak air untuk mengawal penyakit.
  • Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini adalah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.
  • Minum banyak air boleh mengurangkan risiko penyakit jantung,45 peratus kanser usus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).
  • Sel kulit manusia  memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
  • Pengambilan air masak yang mencukupi akan dapat menyeimbangkan suhu badan manusia.mereka yang tidak minum air yang cukup cenderung untuk tidak bermaya dan tubuh terasa panas.
  • Selain itu minum air masak yang mencukupi juga akan mengelakkan dari keletihan dan juga pening kepala.
  •       Badan kehilangan air melalui:
    @ Pernafasan (satu gelas air - 14 peratus)
    @Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
    @Peluh ( dua gelas air - 34 peratus)
    @Najis (1/2 gelas air - dua peratus)
    .


    credit kevin zahri
             iffah/mymetro